Polimer Sintetik
Polimer (polymer) ialah sebatian yang terbentuk daripada molekul yang bergabung secara kimia ke dalam satu rantaian panjang. Molekul yang membentuk rantaian panjang tersebut dipanggil monomer.
Dengan kata lain, polimer bermaksud sebatian yang terdiri daripada banyak bahagian yang lebih kecil, iaitu monomer.
- Polimer semulajadiPolimer yang diperolehi daripada hidupan seperti haiwan dan tumbuhan.PolimerMonomerGetah asliIsoprenaKanjiGlukosaProteinAsid amino
Contoh- contoh polimer semulajadi:.
- kanji
- selulosa
- kapas
- protein
- sutera
- getah asli
- Polimer sintetik (synthetic polymer).Polimer buatan manusia. Polimer sintetik yang lazim digunakan adalah seperti plastik dan getah sintetik.
- Polimer sintetik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Kepentingan ini menyebabkan ahli sains terus menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan polimer yang baru dan terkini secara buatan.
Polimer sintetik
|
Monomer
|
Contoh kegunaan
|
Getah stirena-butadiena (SBR)
|
Stirena dan butadiena
|
Tayar, tapak kasut.
|
Getah sintetik neoprena
|
Kloroprena
|
Paip air, sarung tangan
|
Getah butil (butyl)
|
Isobutilena dan isoprena
|
Tayar, tapak kasut, hos
|
Polivinil klorida (PVC)
|
Kloroetena (vinyl chloride)
|
Penebat elektrik
|
Gentian sintetik nilon (nylon)
|
Asid adipik dan heksametilena diamena
|
Tekstil sintetik, tali
|
Polietena
|
Etena
|
Beg plastik, bekas plastik
|
Polistirena (polystyrene)
|
Stirena
|
Bahan pembungkus, penebat haba
|
Perspeks (perspex)
|
Metil metakrilat (methyl methacrylate)
|
Alat optik, tingkap kapal terbang
|
Polipropena
|
Propena
|
Botol plastik
|
Pelekat epoksi (epoxy adhesive)
|
Amida
|
Pelekat, acuan
|
Wajar atau tidak penggunaan polimer sintetik dalam kehidupan?
Tidak wajar.Kerana kebanyakkan polimer adalah tidak terbiodegradasi yang mana tidak boleh diuraikan oleh bakteria atau pengurai.Maka akan menyebabkan berlakunya masalah pembuangan sampah kerana polimer tidak dapat diuraikan.Plastik yang dibuang boleh menyebabkan parit tersumbat dan berlaku banjir kilat.
Tidak wajar.Kerana kebanyakkan polimer adalah tidak terbiodegradasi yang mana tidak boleh diuraikan oleh bakteria atau pengurai.Maka akan menyebabkan berlakunya masalah pembuangan sampah kerana polimer tidak dapat diuraikan.Plastik yang dibuang boleh menyebabkan parit tersumbat dan berlaku banjir kilat.
No comments:
Post a Comment